Ariale & Bling13 Model Photos had been uploaded completely

:: Check out our NEW price!! ::

Updated: 8 Aug 2012

Wednesday, December 15, 2010

Kanta Lekap??



Apakah itu Kanta Lekap?
Kanta lekap ialah kepingan plastik nipis dan melengkung yang dilekapkan terus ke bola mata bagi memperbaiki penglihatan. Kadangkala disebut juga sebagai kanta sentuh.

Siapa yang tidak patut memakainya?
  • Individu yang menghadapi masalah dalam mata atau kornea, jika pemakaian kanta lekap berkenaan ialah untuk tujuan hiasan atau kosmetik.
  • Individu yang menghidap konjunktivitis kronik, blefaritis, jangkitan kuman virus, bakteria dan kulat yang berulang-ulang, mata lambat berkelip atau tidak dapat berkelip dengan sempurna.
  • Individu yang menghadapi masalah pengeluaran air mata yang tidak mencukupi atau tidak normal.
  • Pesakit diabetes tidak harus menggunakan kanta lekap.
Cara untuk menjaga kanta lekap
Pastikan kanta lekap anda :
    • Bebas dari kuman dan habuk yang boleh mengganggu mata dan menyebabkan jangkitan.
    • Tidak berkabus atau kabur disebabkan enapan bahan protein dan bahan-bahan lain dalam air mata.
    • Selesa ketika memakainya.
Mencuci dan menyimpan kanta lekap
  • Basuh tangan dan bekas kanta lekap dengan sabun dan air.
  • Keluarkan satu kanta lekap dari sebelah mata dan letakkannya di atas tapak tangan.
  • Titiskan beberapa titik larutan pencuci ke atas kanta dan gosokkan perlahan-lahan.
  • Bilas kanta tersebut dengan larutan salina.
  • Tuangkan larutan disinfektan ke dalam bekas kanta. Rendamkan kanta di dalam larutan tersebut untuk disimpan.
  • Keluarkan kanta di sebelah mata lagi dan ulangi langkah di atas.
  • Rendamkan kanta lekap anda sekurang-kurangnya seminggu sekali dalam larutan penyahprotein untuk membersihkan segala protein yang terkumpul di atas kanta.
  • Patuhi nasihat pakar mata ketika memilih dan menggunakan produk penjagaan kanta.
Penjagaan sendiri
Memakai kanta lekap:
  • Basuh tangan dengan teliti menggunakan sabun dan air sebelum menyentuh kanta.
  • Letakkan kanta di atas tapak tangan dan bilas dengan beberapa titik larutan salina.
  • Ulangi membilas kanta tersebut supaya semua sisa-sisa larutan disinfektan yang digunakan untuk merendam kanta dapat dibersihkan.
  • Letakkan kanta di atas jari telunjuk.
  • Buka kedua-dua mata. Tarik kelopak mata atas sebelah kanan dengan perlahan-lahan ke atas.
  • Lekapkan kanta tersebut.
  • Ulangi pula untuk kelopak mata sebelah kiri.
Jika anda memakai alat solek
  • Gunakan penyembur aerosol (seperti deodoran, semburan rambut) terlebih dahulu sebelum memakai kanta lekap.
  • Jangan memakai maskara (bahan kosmetik untuk menghitamkan bulu mata) yang mengandungi gentian pembentuk bulu mata. Pembayang mata cecair atau krim adalah yang terbaik Basuh tangan anda dengan sabun dan air sebelum mengendalikan kanta lekap.
Berjumpalah doktor sekiranya....
Jika anda mengalami gejala yang dinyatakan di bawah ini, berhenti dari menggunakan kanta lekap dan berjumpalah pakar mata untuk rawatan segera:
  • Sakit di dalam mata.
  • Penglihatan kabur.
  • Pengeluaran air mata yang berlebihan.
  • Mata berkabut.
  • Gatal-gatal dalam mata.
  • Kanta tertanggal dari mata (sukar melekap pada bola mata).
  • Tidak dapat memakai kanta di waktu pagi.
  • Terasa sakit selepas mengeluarkan kanta.
  • Terasa sakit di dalam mata secara tiba-tiba
  • Juling.

*sumber : website KKM

No comments:

Post a Comment